CONTACT

16.7.21

JANGAN CABAR ARAHAN KERAJAAN

 



Kuala Lumpur: 

Itu amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kenyataannya di Facebook, beliau memaklumkan sebanyak 180 kilang dan premis diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

"Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

"Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai mereka yang rakus dan tamak ini," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam rakaman video berdurasi dua minit 56 saat yang dimuatnaik di Facebooknya turut menjelaskan mengenai kenaikan mendadak kes positif Covid-19 disebabkan oleh saringan bersasar yang giat dilakukan di lapangan.

Menurutnya, kerajaan sedang menumpukan kepada program vaksinasi yang kini mencapai 400,000 dos sehari.

Katanya, kerajaan yakin kes jangkitan Covid-19 akan menunjukkan penurunan apabila rakyat mendapat vaksinasi lengkap sekali gus melandaikan lekuk wabak itu.

Sumber: Harian Metro

Disiarkan pada: Julai 16, 2021 @ 12:02am

KEBENARAN IBADAH KORBAN DI KUALA LUMPUR, SELANGOR KEKAL



Kuala Lumpur: Ibadah korban bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masih dilaksanakan tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat di sebalik jumlah kes Covid-19 yang kian meningkat sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, setakat ini kebenaran ibadah korban masih diteruskan tanpa perubahan, namun SOP perlu dipatuhi pihak yang akan menjalankan ibadah itu.

"Setakat ini tiada sebarang perubahan kebenaran ibadah korban.

"Jawi akan maklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya akan dilaksanakan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut penyelarasan Jawi melalui pejabat Pentadbiran Zon.

Sementara itu, jurucakap Seksyen Komunikasi Korporat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga memaklumkan tiada sebarang perubahan terhadap kebenaran diberikan sebelum ini.

"Kebenaran ibadah korban masih kekal seperti diumumkan sebelum ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebelum ini dilapor berkata, ibadah korban boleh dilaksanakan di Rumah Sembelih Veterinar, Rumah Sembelih Swasta Berdaftar Jabatan Veterinar, ladang atau kandang ternak dan masjid yang diluluskan.

Namun berbeza di Negeri Sembilan yang menangguhkan ibadah korban untuk tahun ini ekoran jumlah kes Covid-19 yang tinggi di negeri itu.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, perkara itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Sumber: HARIAN METRO Disiarkan pada: July 14, 2021 @ 5:33pm

14.7.21

BEKAS TAPAK RUMAH DIROBOHKAN UNTUK BANGUNKAN SURAU








Impian menginfaqkan bekas kediaman rumahnya untuk dijadikan surau di kampungnya iaitu di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Pkt 5, Sandakan, Sabah telahpun terlaksana. Dengan menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Encik Rustam bin Rasit dapat membeli kelengkapan kayu, zink dan lain-lain lagi bagi menyiapkan surau tersebut. 

Surau yang bakal siap itu dapat memuatkan seramai 30 orang jemaah pada satu masa. Dengan adanya surau itu nanti dapat memperluaskan lagi aktiviti keagamaan dan dakwah secara menyeluruh (umum) kepada penduduk di sekitarnya" katanya. 

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank 7053356748 (Roszita Rasit) atau menghubungi encik Rustam di talian 011-3367 6047. Semoga atas sumbangan yang diberikan ini dapatlah membantu bagi membeli keperluan yang lain.

Kredit: Puan Noor Azilah Kasim (FB: Onieziela) 


18.5.21

AMBULAN TERAPUNG

 


Kashmir: Kesulitan dihadapi ketika mendapatkan rawatan Covid-19 tahun lalu menyebabkan seorang pemilik rumah bot di Srinagar di sini membuka perkhidmatan kesihatan sendiri bagi membantu penduduk.

Tariq Ahmad Patloo dilapor ANI News menyediakan ambulans 'terapung' yaang lengkap dengan kemudahan kesihatan dan beroperasi di Tasik Dal di Jammu & Kashmir Valley. Mengambil kira juga situasi di hospital dan pusat kesihatan ketika ini yang mengalami peningkatan kes Covid-19, maka saya tekad membuka fasiliti ini untuk penduduk.

"Saya sudah menerima beberapa panggilan meminta pertolongan dan saya membantu mereka sewajarnya." "Ambulans ini lengkap dengan perkakas kesihatan utama termasuk alat pertolongan cemas, stretcher, kerusi roda, set uji tekanan darah (BP) dan peralatan perlindungan diri (PPE)," katanya.

Patloo berkata, ketika dia disahkan positif Covid-19, tiada sesiapa yang mahu menghantarnya ke hospital dari rumah bot didudukinya untuk mendapatkan rawatan. Justeru katanya, dia memhami keperitan pesakit Covid-19 di lembah itu dan berharap bot ambulans yang disediakan akan membantu mereka.

"Ambulans ini pun ada siren dan pembesar suara yang digunakan untuk mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan langkah pencegahan lain.

"Saya cuba menjadikan ambulans ini bersifat mesra penduduk," katanya yang memberitahu tidak lama lagi, alat bantuan pernafasan juga akan disediakan dalam ambulans itu.

Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Yaseen percaya lebih banyak ambulans yang diperlukan untuk menampung keperluan mendesak dalam mendapatkan rawatan akibat pandemik di kawasan itu. "Langkah yang diambil oleh Tariq sangat baik, sepatutnya sudah bermula sejak 10 atau 15 tahun lali. Saya percaya perlu ada lebih banyak perkhidmatan ambulans di tasik lain termasuk Tasik Nigeon," katanya.

India merekodkan lonjakan kes Covid-19 sehingga 5,443 kes pada Jumaat, menjadikan keseluruhan lebih dua juta kes.

Sumber: HARIAN METRO

17.5.21

55 SERANGAN UDARA ISRAEL BEDIL GAZA PAGI INI

55 serangan udara Israel bedil Gaza pagi ini

API marak dan asap di atas bangunan di Kota Gaza ketika pesawat perang Israel mensasarkan kawasan kantong, Palestin. FOTO AFP
API marak dan asap di atas bangunan di Kota Gaza ketika pesawat perang Israel mensasarkan kawasan kantong, Palestin. FOTO AFP

Gaza: Sekurang-kurangnya 55 serangan udara dilepaskan jet pejuang Israel ke atas Semenanjung Gaza pada awal pagi hari ini, menurut Al Jazeera.

Bagaimanapun, semalam menyaksikan serangan paling buruk apabila mengorbankan 42 penduduk Palestin dan puluhan lagi cedera.

Israel dikatakan menyasar beberapa pangkalan tentera dan keselamatan di wilayah Palestin dan tanah kosong di timur kota Gaza.

Bangunan empat tingkat di tengah bandar itu turut dibom, namun laporan awal menyebut ia sempat dikosongkan sebelum serangan bermula.

"Api marak membakar pangkalan tentera, pangkalan keselamatan dan kem latihan kosong milik pejuang Palestin," kata wartawan Safwat al-Kahlout.

Belum ada korban jiwa dilaporkan dalam serangan udara itu.

Sejak konflik Israel-Palestin berlaku Isnin lalu, jumlah keseluruhan mangsa korban di Semenanjung Gaza mencecah 192 orang termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita.

Sementara itu, 10 kematian berlaku di tanah Israel termasuk dua kanak-kanak.

Sumber: HARIAN METRO. Disiarkan pada: Mei 17, 2021 @ 9:50am




KEMPEN #Aid4PALESTINE SASAR KUTIPAN RM1 JUTA

 

Kempen #Aid4Palestine sasar kutipan RM1juta

Foto AFP
Foto AFP

KUALA TERENGGANU: Kerajaan bersetuju menubuhkan Sekretariat #Aid4Palestine bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin dengan sasaran dana sebanyak RM1 juta.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sekretariat yang akan dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan kerjasama lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) yang akan bersama menggerakkan misi ini.

Katanya, sektretariat berkenaan akan berfungsi sebagai penyelaras jaringan NGO dan masyarakat sivil bagi menggerakan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

"Ia juga memainkan peranan untuk menyelaraskan kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah 'crowdfunding' (pendanaan awam) dengan sasaran bantuan RM1 juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin.

"Setakat ini, komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal sudah mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia.

"Kutipan fasa kedua minimum RM650,000 akan dibuka sehingga 30 Syawal ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berharap segala usaha yang dilakukan akan memberi ganjaran dan pahala serta menunjukkan tanda keimanan dan kasih sayang umat Islam kepada Palestin.

Katanya, serangan berterusan dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tindakan zalim dan wajib dikecam oleh semua rakyat Malaysia dan pemimpin negara serta umat Islam seluruh dunia.

"Sehingga ke saat ini, rakyat dan pejuang Palestin terus teguh mempertahankan bumi suci itu tanpa rasa gerun serta takut kepada musuh Allah SWT.

"Setiap umat Islam perlu terus berdoa dan memberikan tekanan ke atas rejim Zionis Israel dengan pelbagai cara dan teknologi terkini supaya dihentikan kekejaman ini dan mengembalikan hak rakyat Palestin.

"Tidak cukup dengan itu, infaq dan sumbangan setiap umat Islam bagi membantu perjuangan rakyat Palestin perlu diteruskan sebagai tanda pengorbanan dan kasih kita kepada Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang dimuliakan oleh Allah SWT," katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

SERANGAN ISRAEL BUNUH 42 RAKYAT PALESTIN DI SEMENANJUNG GAZA

 

Pasukan perubatan Palestin mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Kota Gaza. - Foto AFP
Pasukan perubatan Palestin mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Kota Gaza. - Foto AFP

GAZA: Serangan Israel semalam, membunuh 42 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, menjadikan ia tragedi korban terburuk sepanjang pertempuran maut yang berlangsung hampir seminggu.

Malah, tragedi berdarah itu berlaku ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mengadakan perbincangan mengenai konflik yang semakin meningkat serta turut mencetuskan kecemasan global.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, merayu supaya segera menghentikan keganasan yang dianggapnya 'sangat mengerikan' dan memberi amaran mengenai 'keselamatan yang tidak terkawal dan krisis kemanusiaan'.

Bagaimanapun, mesyuarat majlis itu ditangguhkan oleh sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menggambarkan ia satu tindakan yang buruk.

Seramai 197 orang terbunuh di Gaza sejak Isnin, dalam insiden berbalas tembakan yang dianggap terburuk dalam tempoh beberapa tahun sehingga mencetuskan pergolakan di Baitulmaqdis.

Menurut pihak berkuasa, hanya 10 orang maut di Israel.

Pagi semalam, Israel bertindak menyerang lebih 90 sasaran menerusi 'gelombang serangan berterusan' dalam tempoh 24 jam lalu di wilayah pesisir pantai yang padat, dengan serangan didalangi Yahudi Zionis itu memusnahkan bangunan pejabat agensi media sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Angka kematian semakin meningkat di Gaza. Anggota penyelamat dilihat mengeluarkan mayat daripada sisa runtuhan dan ramai meratap kesedihan.

"Kami sedang tidur dan tiba-tiba ada roket menghujani kami.

"Anak-anak menjerit. Selama setengah jam kami diserang tanpa amaran awal. Kami keluar untuk mencari bangunan di sebelahnya yang ranap," kata Lamia al-Koulak, 43, yang kehilangan adik-beradik dan anak dalam tragedi pengeboman pada waktu Subuh.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata kempen itu masih 'memerlukan masa'.

"Kempen kami untuk melawan organisasi pengganas diteruskan dengan kekuatan penuh. Kami bertindak sekarang selama yang diperlukan untuk mengembalikan kedamaian dan keamanan kepada anda, rakyat Israel," katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi stesen televisyen. - AFP

Sumber: BERITA HARIAN

KERAJAAN ISLAM PERLU DUKUNG PERJUANGAN PALESTIN

KUALA LUMPUR: Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap kerajaan Islam seluruh dunia, bangkit secara proaktif mendukung perjuangan Palestin, dalam mempertahan kedaulatannya dan menentang rejim Zionis Israel.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat Muslim dunia sepatutnya bersama-   sama mendukung kebangkitan rakyat Palestin yang sudah bersatu, bukan sahaja di seluruh  bumi Palestin, malah di Israel.

"Orang Arab Palestin daripada Muslim dan Kristian sama-sama bangkit. Kita sangat gembira kerana rakyat Arab di sekeliling Palestin mendukung dengan semangat yang kuat.

"Zionis Israel telah tersilap langkah seperti mengusik sarang tebuan dengan menceroboh kawasan Sheikh Jarrah, menghalau penduduk Palestin dari rumah mereka untuk didiami pendatang Yahudi serta menceroboh Masjid Al-Aqsa," katanya

Orang ramai mengibar bendera Palestin dalam demonstrasi menyokong perjuangan Palestin di pusat bandar Brussels, hari ini. - Foto AFP
Orang ramai mengibar bendera Palestin dalam demonstrasi menyokong perjuangan Palestin di pusat bandar Brussels, hari ini. - Foto AFP

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk Pembebasan Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah pada Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestine secara dalam talian malam ini yang turut disertai Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Dr Sheikh Ekrima Said Sabri.

Kempen itu, yang digerakkan Sekretariat #Aid4Palestine di bawah Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, hasil kerjasama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta yang akan disalurkan terus ke Palestin.

Sumbangan secara pendanaan awam itu boleh disalurkan melalui NGO Muslim Care Malaysia (Maybank: 5644-9021-1159), Tabung Palestin-Amal Malaysia (Bank Islam: 13053010006474) dan Cakna Palestin (Maybank: 5530-3803-3881).

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel kali ini ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lalu, diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, sehingga kini, dilaporkan lebih 119 rakyat Palestin terkorban, manakala beratus-ratus lagi cedera.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan, mewajibkan semua peringkat parti PAS menggerakkan usaha mengutip sumbangan untuk dana itu.

Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin juga, beliau berkata parti itu turut mewajibkan setiap premis milik PAS untuk menaikkan bendera Palestin, selain menggalakkan premis lain berbuat demikian. – BERNAMA

Sumber: BERITA HARIAN

Penceroboh Israel di atas bumbung rumah dalam kejiranan Sheikh Jarrah timur Baitulmaqdis, hari ini. - Foto AFP

29.4.21

NUZUL AL-QURAN



SALAM NUZUL AL-QURAN!

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Berlaku pada 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad ketika baginda beribadat di gua Hira. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Sabda Nabi SAW bermaksud, "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya: (Hadis Riwayat Muslim).

Perbanyakkanlah amalan di bulan Ramadan. Moga Allah SWT memberkati kita semua. Aamiin


13.4.21

SUMBANGAN RAMADHAN BERBUKA PUASA UNTUK ANAK-ANAK MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WASUNNAH SANDAKAN


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memberi sumbangan kepada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah berbuka puasa dalam bulan Ramadhan. Hubungi Ustaz Mohd Al-Alim di nombor 014-3504361 untuk maklumat lebih lanjut. Mudahan sumbangan kalian diberkati Allah SWT. Aamiin

1.4.21

PROGRAM MEMBELI SAMBIL MENDERMA

 

Membeli sambil menderma untuk badan-badan yang memerlukan. Ini adalah pendekatan yang dilakukan daripada Shim Ashia Foundation dalam usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

Dengan setiap pembelian daripada barang-barang baru mahupun terpakai, RM1 akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Shim Ashia Foundation hanya menjual barangan jenama tempatan dan secara dalam talian iaitu di facebook.com.shimashiafoundation

Usaha ini akan berterusan sampai bila-bila disamping memberi peluang kepada peniaga jenama tempatan mendapat pendedahan produk masing-masing. Untuk itu, adalah amat dialu-alukan kepada peniaga yang ingin turut serta di dalam program Membeli sambil Merderma ini.

Insya Allah, diharap dengan program seumpama ini akan dapat memberi kebaikan kepada semua. Aamiin

SEDEKAH


PENGERTIAN SEDEKAH, WAKAF, INFAK

Sumber: Al-Kafi Lu al-Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apakah perbezaan antara sedekah (derma), wakaf dan infak?

Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT. (Rujuk al-Ta’rifat – 1/132) Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang kita berikan kerana Allah SWT kepada golongan fakir yang memerlukan. (Rujuk Lisan al-Arab (10/196)

Sedekah merangkumi maksud zakat wajib dan sedekah sunat seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukun yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah – 9:60)

Begitu juga keterangan hadis dalam surat yang ditulis Saidini Abu Bakar RA yang maksudnya: “Kefarduan sedekah (iaitu zakat) ini ialah sepertimana yang difardukan Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin. (Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)

Infak pula menurut al-Jurjani bererti memberlanjakan harta kepada orang berhajat. (Rujuk al-Ta’rifat – 1/39) Dalam Surah al-Baqarah, ayat 3, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infak apa ygn kami rezekikan kepada mereka.”

Perkataan ‘yunfiquun’ dalam ayat itu menurut pilihan Imam al-Tabari merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. (Rujuk Jami’al-Bayan – 1/244)

Justeru, sedekah dan infak itu adalah sinonim manakala wakaf dari sudut bahasa bermaksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ia membawa maksud menahan harta yang boleh diambil daripadanya manfaat berserta mengekalkan ‘ain harta berkenaan.

Ia menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta itu daripada pewakaf dan harta itu akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan daripadanya (harta wakaf itu) digunakan untuk jalan kebaikan. (Lihat Mughni al-Muhtaj – 2/376) Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf.

Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catatan amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan. (Hadis riwayat Imam Muslin – 1631) Imam Nawawi menjelaskan, sedekah jariah itu bermaksud wakaf. (Rujuk Syarh Muslim – 11/85)

Pengertian Infak dan sedekah adalah zakat wajib, sedekah sunat dan wakaf manakala wakaf pula lebih khusus kepada amalan wakaf.

Kredit: HARIAN METRO