Kashmir: Kesulitan dihadapi ketika mendapatkan rawatan Covid-19 tahun lalu menyebabkan seorang pemilik rumah bot di Srinagar di sini membuka perkhidmatan kesihatan sendiri bagi membantu penduduk.
Tariq Ahmad Patloo dilapor ANI News menyediakan ambulans 'terapung' yaang lengkap dengan kemudahan kesihatan dan beroperasi di Tasik Dal di Jammu & Kashmir Valley. Mengambil kira juga situasi di hospital dan pusat kesihatan ketika ini yang mengalami peningkatan kes Covid-19, maka saya tekad membuka fasiliti ini untuk penduduk.
"Saya sudah menerima beberapa panggilan meminta pertolongan dan saya membantu mereka sewajarnya." "Ambulans ini lengkap dengan perkakas kesihatan utama termasuk alat pertolongan cemas, stretcher, kerusi roda, set uji tekanan darah (BP) dan peralatan perlindungan diri (PPE)," katanya.
Patloo berkata, ketika dia disahkan positif Covid-19, tiada sesiapa yang mahu menghantarnya ke hospital dari rumah bot didudukinya untuk mendapatkan rawatan. Justeru katanya, dia memhami keperitan pesakit Covid-19 di lembah itu dan berharap bot ambulans yang disediakan akan membantu mereka.
"Ambulans ini pun ada siren dan pembesar suara yang digunakan untuk mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan langkah pencegahan lain.
"Saya cuba menjadikan ambulans ini bersifat mesra penduduk," katanya yang memberitahu tidak lama lagi, alat bantuan pernafasan juga akan disediakan dalam ambulans itu.
Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Yaseen percaya lebih banyak ambulans yang diperlukan untuk menampung keperluan mendesak dalam mendapatkan rawatan akibat pandemik di kawasan itu. "Langkah yang diambil oleh Tariq sangat baik, sepatutnya sudah bermula sejak 10 atau 15 tahun lali. Saya percaya perlu ada lebih banyak perkhidmatan ambulans di tasik lain termasuk Tasik Nigeon," katanya.
India merekodkan lonjakan kes Covid-19 sehingga 5,443 kes pada Jumaat, menjadikan keseluruhan lebih dua juta kes.
Sumber: HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment